Parti Pribumi Bersatu Malaysia, juga disingkatkan sebagai BERSATU atau kadangkala ditulis sebagai PPBM, ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Parti PPBM telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 14 Januari 2017 oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan Logo PPBM telah dibenar-pakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sehari selepas kelulusan pendaftaran parti tersebut. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah salah satu komponen utama (major component) dalam Perikatan Nasional (PN). Sebelum parti politik ini diluluskan oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS), parti ini dikenali sebagai Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia atau United Indigenous Association of Malaysia.
Jawatankuasa rasmi di peringkat pusat telah diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2017 yang telah menyatakan keahlian dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah dibubarkan secara sementara pada 5 April2018[15]. Walau bagaimanapun pada 10 Mac2018, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan berikutan ancaman berulang-kali yang dikeluarkan oleh ROS untuk membubarkan PPBM[16][17], parti itu telah pun menyediakan perancangan lain jika benar dibubarkan ROS[18].
Selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018, pembubaran BERSATU telah ditarik balik dan secara rasminya menjadi parti komponen Pakatan Harapan semula.
Pada Tahun 2020, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad telah meletak jawatan Pengerusi BERSATU serta telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Jawatan Pengerusi BERSATU telah dipangku oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan usul percaya Parlimen Malaysia telah berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ke-8 Malaysia. PPBM menjadi tulang belakang dan parti utama bagi Perikatan Nasional bersama-sama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN). Pada tahun yang sama, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah terbahagi kepada dua bahagian secara rasmi iaitu BERSATU Sabah dan BERSATU Pusat (BERSATU Pusat adalah BERSATU Cawangan Semenanjung Malaysia termasuk Sarawak). BERSATU Sabah telah terpisah dengan BERSATU Pusat kerana ideologi dibawah pimpinan Hajiji Noor yang berbeza dengan pimpinan Muhyiddin Yassin dimana bawah pimpinan Hajiji Noor lebih mengutamakan rakyat-rakyat di Sabah tanpa menilai seseorang itu adalah pribumi, manakala Muhyiddin Yassin lebih kepada penjagaan hak pribumi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
Pada Disember 2022, BERSATU Sabah telah dibubarkan oleh Kepemimpinan Hajiji Noor untuk mengukuhkan kedudukan Parti Buatan Tempatan di Sabah. Walaubagaimanapun, BERSATU Sabah telah dihidupkan semula pada Januari 2023 oleh Dr. Ronald Kiandee dan sekaligus menjadi pengerusi rasmi BERSATU Sabah yang kedua selepas Hajiji Noor.
Cogan perjuangan parti ialah "'BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH". '
Bendera dan Lambang
Lambang alternatif parti.
Bendera dan lambang parti berupa segi empat tidak sama berwarna merah dengan kadar nisbah 1:2 (lebar x panjang) dan didalamnya terdapat grafik berbentuk bunga lima kelopak berwarna putih.
Pengertian reka bentuk
Lima kelopak bunga bererti lima (5) Rukun Islam sebagai Agama Persekutuan dan lima (5) Prinsip Rukunegara.
Lima kelopak bunga yang bersambung secara seimbang dan sekata melambangkan perpaduan warga Pribumi dan seluruh rakyat Malaysia yang hidup secara aman dan harmoni serta mendapat layanan yang adil dan saksama dalam sebuah masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.
Pengertian warna
Warna merah bererti keberanian, semangat patriotisme dan daya juang yang jitu.
Warna putih bererti kesucian, keikhlasan dan keluhuran dalam perjuangan serta sifat amanah, jujur dan berintegriti yang mesti dimiliki oleh ahli-ahli parti.
Tujuan Penubuhan
BERSATU ditubuhkan untuk :
Memberikan perhatian kepada reformasi institusi untuk mengembalikan integriti didalam pentadbiran negara.
Mengembalikan semula demokrasi dan kedaulatan undang-undang yang telah dinafikan dan disalahguna.
Memuliakan pemisahan kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.
Berjuang untuk menambahbaik prestasi Kerajaan dan memberi kehidupan yang lebih baik buat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Mengembalikan penghormatan dan sanjungan dunia terhadap Malaysia dan rakyatnya.
Bekerjasama dengan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan yang mempunyai aspirasi dan prinsip sehaluan dalam usaha membentuk kepimpinan Kerajaan yang lebih baik, demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia.
Matlamat Perjuangan
Menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.
Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti.
Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.
Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.
Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
Mendukung prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.
Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.
Menyertai pilihanraya umum Persekutuan dan Negeri serta pilihanraya kecil dengan tujuan untuk menghantar wakil parti ke Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Pendaftaran ahli parti
Sebuah laman web dan aplikasi, MY BERSATU telah dirasmikan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 September 2021 bagi memudahkan pendaftaran ahli baharu secara dalam talian.[20]
Kepimpinan
Struktur pentadbiran BERSATU terdiri daripada Majlis Pimpinan Tertinggi dan Majlis Presiden di peringkat pusat, Badan Pimpinan Negeri di peringkat negeri, Jawatankuasa Pimpinan Bahagian di peringkat Parlimen dan Jawatankuasa Cawangan di peringkat daerah mengundi.
Majlis Pimpinan Tertinggi
Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU adalah adalah badan eksekutif tertinggi parti yang menjalankan kuasanya di bawah perintah Perhimpunan Agung. Ia terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, 5 orang Naib Presiden termasuk Ketua Srikandi dan Ketua Armada, seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Agung, seorang Ketua Penerangan, tidak lebih daripada 15 orang Ahli MPT yang dipilih dalam Perhimpunan Agung, tidak lebih daripada 7 orang yang dilantik oleh Presiden parti selepas berunding dengan Pengerusi parti, serta 6 orang wakil sayap-sayap parti iaitu 3 orang dari Srikandi dan 3 orang dari Armada.
Majlis Presiden pula adalah badan eksekutif yang mengelola hal ehwal pengurusan dan pentadbiran parti. Ia terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, 5 orang Naib Presiden termasuk Ketua Srikandi dan Ketua Armada, Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Ketua Penerangan.
Pemilihan kepimpian yang pertama telah diadakan pada 2020. Muhyiddin Yassin telah mengekalkan jawatannya selaku Presiden manakala Ahmad Faizal Azumu telah menang bertanding sebagai Timbalan Presiden. Pemilihan kepimpinanan kedua bakal diadakan pada 2024, menyaksikan jawatan Presiden ditandgi oleh Hamzah Zainudin (Setiausaha Agung) dan Mohamed Azmin Ali (Naib Presiden dan Ketua Badan Pimpinan Negeri Selangor).
Saksikan siaran secara langsung amanat dari YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Presiden BERSATU pada 9 malam ini.
10 September 2021
BERSATU telah menyambut ulangtahun ke-5 pada 2021 dan telah diadakan secara hibrid bagi mematuhi amalan operasi standard dalam Pelan Pemulihan Negara.[22] Pada malam tersebut, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan laman sesawang MY BERSATU bagi memudahkan pendaftaran keahlian baharu dibuat secara dalam talian.
Wakil Rakyat
Dewan Negara
Senator
Ahli-ahli Senator Malaysia tidak dipilih secara pilihanraya. Setiap daripada 13 dewan undangan negeri memilih dua Senator; baki 44 dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. BERSATU kini mempunyai 2 orang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan melalui Dewan Undangan Negeri.[23]
BERSATU terbuka kepada warganegara Malaysia berstatus pribumi yang berumur 18 tahun ke atas untuk menjadi ahli. Selain itu, ia juga membuka ruang kepada warganegara Malaysia yang bukan pribumi untuk menjadi ahli bersekutu. Permohonan keahlian dibuat dengan cara memohon menerusi kepimpinan cawangan atau permohonan terus menerusi Setiausaha Agong.
Lagu Rasmi
Lagu rasmi BERSATU berjudul "Perjuangan Kita" hasil ciptaan Najwa Mahiaddin telah dilancarkan pada 7 Januari 2017 dalam Majlis Pelancaran Lagu dan Laman Sesawang Rasmi PPBM yang berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor. Lagu rasmi tersebut boleh ditonton di laman Youtube[32].
Pilihan Raya
Pilihan raya umum Malaysia 2018
Bagi menghadapi Pilihan raya umum Malaysia 2018, BERSATU telah membentuk Pakatan Harapan bersama-sama PKR, DAP dan Amanah. BERSATU telah bertanding sebanyak 52 kerusi Parlimen dan 111 kerusi Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri di Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak, menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat. BERSATU tidak bertanding di Sabah kerana hendak memberikan laluan kepada Parti Warisan Sabah manakala di Sarawak pula BERSATU belum melebarkan sayap di negeri itu ketika itu. Di peringkat DUN pula, BERSATU diberi peluang mengetuai kerajaan negeri Kedah, Johor dan Perak sekiranya PH berjaya memenangi negeri tersebut. Berikut merupakan pembahagian kerusi yang diperoleh BERSATU pada Pilihan raya umum Malaysia 2018.
Jumlah kerusi yang BERSATU bertanding
Parlimen
Dewan Undangan Negeri
Negeri
Kerusi
Negeri
Kerusi
Negeri
Kerusi
Negeri
Kerusi
Perlis
2
Kedah
6
Perlis
5
Kedah
15
Pulau Pinang
1
Perak
8
Pulau Pinang
4
Perak
15
Kelantan
7
Terengganu
3
Kelantan
13
Terengganu
10
Pahang
6
Wilayah Persekutuan
2
Pahang
10
Wilayah Persekutuan
-
Selangor
3
Negeri Sembilan
2
Selangor
9
Negeri Sembilan
6
Melaka
2
Johor
10
Melaka
6
Johor
18
Sabah
0
Sarawak
0
Sabah
0
Sarawak
0
Jumlah
52
Jumlah
111
Keputusan pilihan raya umum yang ditandingi BERSATU (Parlimen)
Berikut merupakan keputusan pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen yang ditandingi BERSATU dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.
Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2018, terdapat beberapa penambahan kerusi BERSATU selepas penyandang yang menang telah lompat parti dengan menyertai BERSATU. Berikut merupakan senarai ahli Parlimen dan ADUN yang lompat parti dan seterusnya menyertai BERSATU.
Pada pertengahan tahun 2020, telah berlakunya krisis politik Malaysia 2020 yang menyebabkan pertukaran kerajaan Malaysia. Pada Mac 2020, seramai 10 orang ahli Parlimen telah lompat parti dan menyertai BERSATU. Berikut merupakan senarai Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negeri yang telah lompat parti dan seterusnya menyertai BERSATU[33]:
Kemelut politik Malaysia 2020 juga menyaksikan wakil rakyat BERSATU keluar dari parti sama ada dipecat, keahlian terhenti dan memohon untuk keluar.[34]
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (14.05.2018 - 13.06.2020)
Menyertai PPBM (22.08.2020)
Keluar parti pada Januari 2022
Pilihan raya kecil DUN Semenyih
Pada 2 Mac 2019, telah berlaku pilihan raya kecil di DUN Semenyih, Selangor yang kosong disebabkan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor. Dalam pilihan raya tersebut, BERSATU telah bertanding mewakili PH. Bersatu menghantar calonnya Muhammad Aiman Zainali, namun tewas kepada Barisan Nasional dengan calonnya Zakaria Hanafi dari UMNO.
Pada 16 November 2019, telah berlaku pilihan raya kecil di Parlimen Tanjung Piai, Johor yang kosong disebabkan kematian penyandangnya, Mohamed Farid Md Rafik. Dalam pilihan raya tersebut, BERSATU telah bertanding mewakili PH. Bersatu menghantar calonnya Karmaine Sardini, namun tewas kepada Barisan Nasional dengan calonnya Wee Jeck Seng dari MCA.
Pilihan raya kecil Johor: Parlimen Tanjung Piai 2019
PN bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka, 20 November ini dengan parti komponennya BERSATU bertanding di 15 kerusi manakala PAS, lapan dan Gerakan, lima.
Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ahli Parlimen Masjid Tanah yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka mengenepikan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang merupakan Pengerusi Bersatu dan juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka. Mas Ermieyati yang juga Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di pejabat PN, November 2021. Muhyiddin berkata, pemilihan Mas Ermieyati itu diputuskan sebulat suara pada mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN. Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara, seorang wanita yang berkelayakan tinggi dalam kalangan professional muda mempunyai banyak pengalaman ditawarkan sebagai calon Ketua Menteri. Pencalonan Mas Ermieyati itu melakar sejarah baharu menjadikan Melaka negeri pertama yang akan nanti mempunyai satu-satunya Ketua Menteri wanita
Seperti yang berlaku dalam mana-mana pertandingan, terdapat pihak yang menang dan kalah pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, dengan pemenang paling jelas adalah BN. Perikatan Nasional (PN) pula, seperti yang dijangkakan ramai pemerhati, tewas di hampir semua kerusi. Calon Ketua Menteri Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; bekas Ketua Menteri, serta Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PN-Telok Mas) gagal memperoleh mandat pengundi Melaka. Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Berdasarkan keputusan, Mas Ermieyati -PN memperoleh 3,195 undi berbanding 3,558 diraih Ab Rauf-BN. Mohd Rafiq yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka hanya meraih 3,979 undi di DUN Telok Mas, tewas dengan majoriti 2,076 undi kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang memperoleh 6,052 undi. Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Seri Michael Gan Peng Nam bertanding di DUN Ayer Keroh hanya meraih 2,479 undi berbanding dua lagi saingannya iaitu calon DAP, Kerk Chee Yee (9,459) dan calon BN Yong Fun Juan (3,835). Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Kamarudin Sidek tewas di DUN Duyong dengan mendapat 2874 undi berbanding saingannya dari DAP Damian Yeo (4484) dan BN Mohd Noor Helmy Abu Halen yang menang dengan 4684 undi.
Sementara itu PN menang dengan menewaskan Pengerusi DAP Negeri Melaka Datuk Tey Kok Kiew yang sebelum ini selesa di kerusi DUN Bandar Hilir dengan majoriti 11,313 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu juga tewas selepas berpindah ke kerusi DUN Bemban kali ini. Beliau yang memperoleh 3,095 undi kalah dengan majoriti tipis 328 undi di tangan calon muka baharu PN, Dr Yadzil Yaakub yang meraih 4,211 undi. Perikatan Nasional (PN) juga menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang. PN-PPBM menang melalui calonnya, Dr. Mohd. Aleef Yusof dengan mendapat undian 6,789 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Ali Mohamad yang merupakan Ketua UMNO Tangga Batu, Timbalan Pengerusi UMNO Melaka merangkap Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara yang hanya memperoleh 6,259 undi; Hasmorni Tamby (PH), 2,035 undi dan Mohd. Zahar Hashim (Bebas), 471 undi.
Susulan itu pemimpin utama Bersatu Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen melepaskan jawatannya sebagai Ketua Bersatu Melaka dan juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, berkuat kuasa serta-merta. Peletakan jawatannya itu diumumkan dalam satu pernyataan dan beliau telah menyerahkan surat rasmi berhubung pengundurannya itu kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketua Bersatu Bahagian Jasin yang merupakan ADUN Bemban, Dr Yadzil Yaakub dilantik sebagai Pengerusi PPBM Melaka yang baharu.
^Tun, Mahathir Mohammad (2016-09-08). "PPBM secara rasminya ditubuhkan". chedet official. Dicapai pada 2020-09-08.
^ASTRO AWANI, Hilal Azmi (2017-01-14). "Parti Pribumi Bersatu Malaysia didaftarkan". Astro Awani. Dicapai pada 2017-01-14.
^ASTRO AWANI, Hilal Azmi (2017-01-14). "PPBM diluluskan secara prinsip oleh ROS". Astro Awani. Dicapai pada 2017-01-14.
^"This apps information is from the official website of BERSATU (please see the bottom of the official website of BERSATU)" (dalam bahasa English). BERSATU.org. Dicapai pada 21 August 2021. Muhyiddin: Sila muat turun aplikasi rasmi MyBERSATU seperti yang tertera di bahagian paling bawah laman web rasmi Parti BERSATU MalaysiaCS1 maint: unrecognized language (link)
^Malaysiakini (2020-02-24). "Muhyiddin: Bersatu quits Harapan". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-27.
^Tan Sri, Muhyiddin (2020-03-10). "Slogan PPBM, "BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH"". PPBM Official Website. Dicapai pada 2020-03-10.
^Tan Sri Muhyiddin, Mukhriz dipecat, Shafie digantung jawatan
^Penyandang jawatan, Mukhriz Mahathir telah dipecat daripada Bersatu pada 28 Mei 2020. Rujuk: Astro Awani (28 Mei 2020). "Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain dipecat dari Bersatu". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-08. Dicapai pada 28 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
^Bersatu rai ulang tahun kelima secara dalam talian malam ini
^"Senarai Ahli Dewan Negara". Parlimen Malaysia. Dicapai pada 22 November 2014.
^BERNAMA (11 Mac 2020). "Azmin sah sertai Bersatu". Sinar Harian. Dicapai pada 29 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
^Raiham Mohd Sanusi (28 Mei 2020). "Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti". Sinar Harian. Dicapai pada 29 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)