Huruf | Penerangan |
Talk (Bercakap) | - Bercakap dengan atlet adalah langkah pertama dalam menilai kecederaan. Ketahui dengan tepat apa yang berlaku ketika kecederaan itu berlaku.
- Tanyalah seperti "Apa yang telah berlaku?", "Adakah anda merasa sakit?".
|
Observe (Melihat keadaan) | - Memerhatikan bahagian badan yang cedera. Sekiranya anggota badan telah cedera, selalu bandingkan anggota badan yang cedera dengan anggota badan yang tidak cedera.
- Cari luka terbuka, bengkak atau kemerahan. Ingat pembengkakan mungkin tidak berlaku sebaik sahaja kecederaan.
|
Touch (Sentuh) | - Melalui sentuhan dapat dirasa keadaan seperti bengkak, lembut atau sesuatu yang tidak.
- Tujuan utamanya adalah untuk mentafsir darjah kecederaan itu.
|
Active (Aktif) | - Pergerakan aktif melibatkan atlet menggerakkan bahagian yang cedera. Mintalah mereka melakukan pelbagai pergerakan untuk melihat apakah pergerakan ini menimbulkan kesakitan.
- Perhatikan wajah mangsa, beri rawatan bantu mula yang sewajarnya di peringkat ini tanpa meneruskan langkah berikut.
|
Passive (Pasif) | - Pergerakan pasif melibatkan anda (sebagai pembantu pertama) menggerakkan bahagian sendi yang cedera melalui seluruh pergerakannya. Anda mesti berhenti jika ada pergerakan yang membawa kesakitan kepada atlet.
|
Skill (Kemahiran) | - Lakukan pergerakan asas pada bahagian yang mengalami kecederaan. Sekiranya mangsa berasa sakit, perlulah membawa dia ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan.
- Tetapi, jika mangsa tidak berasa sakit, mangsa berkenaan boleh meneruskan aktiviti yang dilakukan sebelum kecederaan.
- Ulangi pergerakan beberapa kali jika kecederaan tidak dapat dikenalpasti.
|